Ekonomi Zon Eropah Berkembang Sederhana Pada Suku Keempat 2016

54

Menurut data yang telah dikaji semula oleh Eurostat, pertumbuhan ekonomi Zon-Eropah naik 0.4% pada suku keempat 2016. Data kali ini sebenarnya adalah sama dalam data ‘anggaran flash’ (flash estimate) dan juga kadar yang sama direkodkan pada suku ketiga. Dari tahun ke tahun pertumbuhan semakin perlahan kepada 1.7% dari 1.8% sebelum ini.

Bacaan yang direkodkan pada suku-tahunan dan tahunan bagi pertumbuhan ekonomi sejajar dengan jangkaan, di mana tahun 2016 secara keseluruhan semakin perlahan kepada 1.7% dari 2.0% yang dicatatkan pada 2015.

Penggunaan akhir isirumah (household final consumption) naik 0.4% pada tempoh sama dengan pelaburan naik 0.6%. Walaupun eksport naik 1.5% pada tempoh itu, eksport bersih dilihat memberi sumbangan negatif kepada GDP berikutan kenaikan import.

Data dari beberapa lagi negara masih belum diterima, tetapi Greece adalah satu-satunya negara yang merekodkan pertumbuhan negatif. Data dari Finland pula merekodkan bacaan sama yang menunjukkan tiada pertumbuhan pada tempoh tersebut.

Walaubagaimanapun, data yang dikeluarkan oleh PMI menjangkakan pertumbuhan ekonomi akan semakin kukuh pada suku pertama tahun ini dengan potensi pengembangan sebanyak 0.6% dan keyakinan keseluruhan dalam ekonomi dilihat terus kukuh dalam jangka masa pendek.

Data kali ini dilihat akan memudahkan Presiden ECB, Mario Draghi mengekalkan pendirian atau komen berhati-hati pada penetapan kadar Khamis ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat