Elon Musk Merajuk Bill Gates Tak Beli Kereta Tesla!

1,000

Berdasarkan satu posting yang dimuatnaik di laman Twitter, CEO Tesla Motors, Elon Musk telah bertindak mengkritik tindakan Bill Gates yang khabarnya telah membeli kereta berkuasa elektrik Porsche Taycan.

Rentetan daripada itu, Elon Musk telah menzahirkan rasa kecewa kerana jutawan tersebut tidak memilih Tesla. Dalam satu temubual, Bill Gates telah mendedahkan tentang pembelian kereta tersebut.

Pada ketika itu, Bill Gates diminta untuk mengulas berkenaan produk tenaga bersih seperti kereta berkuasa elektrik. Sehubungan dengan itu, jutawan berusia 64 tahun itu memberikan respon bahawa kenderaan tersebut masih boleh diatasi oleh kenderaan yang menggunakan petrol.

Seterusnya, beliau mendedahkan bahawa Tesla merupakan salah satu jenama yang semakin berkembang dalam bidang pembuatan kereta berkuasa elektrik. Akan tetapi beliau tidak membeli kenderaan daripada syarikat tersebut sebaliknya memilih Porsche Taycan.

Untuk pengetahuan semua, Porsche Taycan Turbo dijual pada harga $150,900 di Amerika Syarikat manakala harga Turbo S adalah lebih mahal iaitu $185,000. Selain itu, kereta jenama Tesla juga dikategorikan sebagai mahal tetapi Model 3 entry-levelnya sekurang-kurangnya mencapai harga standard lebih murah iaitu $39,490.

Berikutan dengan pembelian Bill Gates tersebut, Elon Musk mempersoalkan tindakan jutawan tersebut kerana tidak memilih Tesla. Hakikatnya, CEO Tesla berkenaan telah banyak mencetuskan kontroversi dan mengkritik rakan-rakan jutawannya yang lain melalui Twitter, seperti Mark Zuckerberg.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat