Emas Bertindak Balas Pada Hasil Bon AS, Ini Yang Terjadi!

4,410

Penyusutan dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun dan US dolar telah memberi peluang buat dagangan emas untuk kembali mencatatkan keuntungan.

Logam kuning itu didagangkan sedikit berubah pada sesi Asia pada sekitar harga $1,850 per auns, manakalan niaga hadapan emas pula pada $1,851 per auns.

Hasil bon AS yang telah meningkat mencecah paras tertinggi lebih 3 tahun pada awal minggu, kembali menyusut di bawah 3.00%, mengheret US dolar untuk menurun sama.

Pelabur semakin bimbang terhadap inflasi dan pertumbuhan global yang perlahan di tengah-tengah pengetatan agresif daripada bank pusat utama.

Terbaharu, Bank Dunia telah menurunkan unjuran pertumbuhan global untuk tahun ini kepada 2.9% daripada 4.1%, memberi amaran bahawa perang di Ukraine telah menambahkan lagi kerosakan yang disebabkan pandemik Covid-19.

Presiden Bank Dunia, David Malpass memberi amaran bahawa pengetatan yang lebih cepat daripada jangkaan boleh mendorong beberapa negara ke dalam krisis hutang seperti yang dilihat pada tahun 1980-an.

Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen sebelum ini memberitahu bahawa AS boleh berhadapan dengan ‘paras inflasi yang tidak boleh diterima’, menyeru untuk melaksanakan belanjawan yang sesuai bagi menanganinya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat