Emas Masih Terperangkap Dalam Nilai Terendah

758

Dagangan emas masih gagal meloloskan diri dari paras harga $1,820 pada hari Selasa, kerana prospek pelancaran vaksin Covid-19 dan pemulihan ekonomi menyebabkan permintaan terhadap safe-haven berkurang.

Logam kuning itu juga gagal memanfaatkan peluang daripada kelemahan dolar greenback yang terus didagangkan lebih rendah berbanding kebanyakan matawang utama, kecuali safe-haven yen.

Walau bagaimanapun, ketegangan terbaru antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat dan China mungkin akan mempengaruhi pergerakan dagangan emas pada hari ini.

Terbaru, Financial Times melaporkan China sedang mempertimbangkan untuk mengenakan sekatan ke atas eksport mineral nadir bumi yang penting untuk pemasangan jet pejuang F-35 Amerika dan senjata-senjata canggih yang lain.

Langkah ini boleh meningkatkan lagi ketegangan antara dua negara tersebut, yang mana sebelum ini telah banyak mempengaruhi pergerakan dalam pasaran matawang dan komoditi.

Pada awal sesi Eropah, spot emas diniagakan sedikit meningkat, dengan harga terus berlegar di sekitar $1,823 per auns (3.00 petang waktu Malaysia).

Dalam pada itu, perhatian pasaran kini disasarkan kepada minit mesyuarat FOMC dan data penjualan runcit Amerika Syarikat yang akan diterbitkan minggu ini bagi mendapatkan pemangkin kepada arah pergerakan baru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat