Emas Naik Semula!

1,573

Komoditi emas kembali meraih keuntungan dengan memaparkan peningkatan ketika pasaran menuju ke pembukaan sesi Eropah di tengah-tengah kelemahan dagangan dolar greenback.

Spot emas diperdagangkan meningkat di sekitar paras harga $1,790 per auns, bangkit dari paras terendah tujuh bulan yang dicatatkan pada minggu lalu.

Dagangan US dolar yang terus lemah pada awal minggu telah memberi dorongan buat logam kuning emas untuk meningkat, namun, keuntungan yang diraih dilihat agak terbatas dengan hasil perbendaharaan AS yang tetap tinggi.

Penanda aras hasil perbendaharaan AS 10 tahun meningkat kepada 1.3800% pada awal minggu, tetapi malangnya dolar greenback gagal memberi reaksi terhadap kenaikan ini.

Walaubagaimanapun, para pelabur emas tetap berhati-hati dengan sentimen pasaran yang optimis terhadap pemulihan ekonomi global lebih kuat susulan dari pelancaran vaksin yang meluas di seluruh dunia.

Pengukuhan data ekonomi yang diterbitkan di Amerika Syarikat dan Eropah pada minggu lalu menunjukkan pemulihan terus berlaku walaupun terdapat beberapa negara yang masih di bawah pelaksanaan penutupan coronavirus.

Dalam pada itu, keterangan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell di hadapan Perbankan Senat AS pada hari Selasa mengenai laporan tahunan dasar monterinya akan menjadi tumpuan utama pasaran pada minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat