Emas Turun Lagi, Dah Boleh Borong Ke Ni?

1,035

Komoditi emas terus kehilangan momentum untuk didagangkan lebih rendah menuju dagangan penghujung minggu selepas terkesan dengan US dolar yang kuat.

Pada sesi Asia, logam kuning itu diniagakan berlegar pada $1,755 per auns setelah kehilangan sekitar 2.5% pada minggu ini, membawanya ke paras terendah tiga minggu.

US dolar terus mendaki lebih tinggi selepas mendapat sokongan daripada minit mesyuarat FOMC dan kenyataan beberapa pembuat dasar untuk meneruskan pengetatan sehingga inflasi kembali ke sasaran bank pusat.

Dalam kenyataan terbaharu pada Khamis, Presiden Fed St Louis, James Bullard berkata beliau cenderung untuk menyokong kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas buat kali ketiga berturut-turut pada bulan September.

Sementara, Presiden Fed San Francisco, Mary Daly pula memberitahu peningkatan sebanyak 50 atau 75 mata asas pada bulan depan adalah wajar untuk mendapatkan kadar berada sedikit di atas 3% menjelang akhir tahun ini.

Hasil bon AS 10 tahun yang lebih tinggi juga membataskan dagangan emas, di mana penanda aras berlegar pada sekitar paras tertinggi satu bulan yang disentuh awal minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat