EPL Tamatkan Kontrak Penyiaran China, Isu Politik Atau Kewangan?

277

Liga Premier Inggeris (EPL) mengumumkan penamatan kontrak lesen penyiaran dengan stesen penyiar China bernilai 564 juta pound sterling berkuat kuasa serta-merta.

Menurut laporan BBC, penamatan kontrak lesen itu berlaku disebabkan oleh kegagalan stesen penyiar berkenaan, PPTV membayar hak penyiaran sebanyak 160 juta pound sterling pada Mac lalu.

EPL dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mengesahkan mengenai perkara itu dan tidak akan memberikan sebarang komen lanjut berhubung isu terbabit.

PPTV dimiliki oleh Suning Holdings yang turut mempunyai saham terbesar dalam pasukan Serie A, Inter Milan.

PPTV mengikat kontrak lesen penyiaran selama tiga tahun bersama EPL sejak tahun lalu.

Ujar pengarang sukan BBC, Dan Roan, China merupakan pemacu penting kepada pertumbuhan pasaran kepada kesemua 20 kelab yang bertanding saingan EPL.

Beberapa kelab bola sepak di United Kingdom (UK) juga turut mendapat sokongan daripada pelabur dan penaja dari China.

Tambah Roan, penamatan kontrak itu adalah sesuatu yang mengejutkan berikutan kelab EPL mengalami kerugian besar sebanyak beratus juta pound berikutan kerugian penjualan tiket dan pendapatan iklan yang rendah akibat pandemik Covid-19.

Perkara ini berkemungkinan berlaku selepas hubungan antara UK dan China kian tegang selepas UK bertindak menyekat syarikat telekomunikasi Huawei daripada rangkaian 5G Britain susulan wujud kebimbangan mengenai soal keselamatan.

Selain itu, Britain juga dilihat menambahkan ‘api kemarahan’ China apabila menawarkan hak kerakyatan kepada 3 juta orang dari Hong Kong selepas Beijing melaksanakan undang-undang keselamatan di negara yang terkenal sebagai Hab Kewangan Asia itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat