ETC Cooperative Tak Yakin Rancangan Ethereum Fork (ETHW) Boleh Berjaya

106

ETC Cooperative, organisasi yang menyokong projek Ethereum Classic (ETC) telah menghantar surat terbuka kepada individu penting Ethereum PoW hard fork, Chandler Guo.

Kandungan dalam surat terbuka tersebut menyatakan sebab Ethereum PoW hard fork akan gagal serta kesukaran yang akan dihadapi dalam pelaksanaan forking Ethereum.

Chandler Guo bersama pasukannya perlu menggantikan pangkalan kod Geth, Erigon, Besu dan Nethermind untuk menukar Ethereum.

Seterusnya, pasukannya akan mengeluarkan logik peralihan proof-of-stake (POS) yang telah dikemas kini oleh Ethereum Foundation untuk membolehkannya mengurangkan kesukaran serta mengemaskini Chain ID bagi menyediakan perlindungan ulang tayang.

Memujuk pembangun perisian mining (mining software) untuk menukar perisian mining mereka merupakan salah satu perkara yang rumit untuk dilakukan. Bukan seperti kod pelanggan, kebanyakan perisian mining adalah daripada sumber tertutup yang menghalang pembangun lain untuk membuat perubahan.

Selain itu, Chandler Guo dan pasukannya perlu meyakinkan penyedia wallet, syarikat pertukaran kripto serta pihak lain untuk menyokong ETHW. Tambahan pula, kerjasama bersama pengendali kod dapat memberi manfaat untuk pemasangan serta menjalankan fungsi perisian pelanggan yang baharu.

Menurut ETC Cooperative, mustahil untuk melengkapkan Ethereum PoW hard fork pada masa yang ditetapkan, walaupun Chandler Guo melengkapkan semua perubahan yang dilakukan kerana The Merge hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi.

Sehubungan itu, apabila ETH/ETC berlaku perpecahan, tidak akan ada DeFi atau stablecoin dalam penjagaan, jadi perpecahan tidak akan berlaku.

Kini, kebanyakan nilai ETH adalah berbentuk token, bukan sahaja Ether asli. Oleh itu, rantaian baharu tersebut tidak akan membawa sebarang faedah kepada pengguna ETH.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat