EU Dakwa China Dan Russia, Sebarkan Maklumat Palsu COVID-19!

393

Menurut laporan Suruhanjaya Eropah, China dan Russia kini dipersalahkan gara-gara menyebarkan maklumat palsu berkenaan wabak pandemik COVID-19. Kedua-dua negara tersebut didakwa cuba untuk mengganggu perbahasan demokratik dan meningkatkan imej mereka sendiri melalui kempen disinformasi berkenaan COVID-19 di Kesatuan Eropah (EU).

Naib presiden suruhanjaya itu, Vera Jourova berkata penyebaran maklumat palsu tersebut dapat memberikan impak yang besar bahkan boleh mengakibatkan kematian lebih ramai mangsa serta menyebabkan kelewatan kepada pihak berkuasa awam untuk bertindak.

Oleh yang demikian, EU telah menggesa 2 platform laman sosial gergasi dunia iaitu Facebook dan Twitter untuk membendung penyebaran maklumat palsu di kedua-dua platform itu.

Selain itu, kesatuan tersebut turut menjalankan siasatan terhadap China dan Russia. Berdasarkan penyiasatan itu, China didakwa cuba untuk menutupi kesalahannya berkaitan isu COVID-19 dan mempromosikan tindak balasnya terhadap penyebaran virus itu. Tambahan daripada itu, kedua-dua negara berkenaan dikhabarkan sengaja mencetuskan propaganda dan mempamerkan kelemahan EU dalam membendung penularan wabak berjangkit itu.

Oleh itu, platform media sosial perlu memainkan peranan penting bagi menangani isu penyebaran maklumat palsu dan tidak menyebarkan sebarang informasi yang mengelirukan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat