EU Juncker: Selesaikan Perkara Yang Telah Berlalu Sebelum Runding Hubungan Dagangan UK

42

Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker menekankan pada Selasa bahawa rundingan tentang hubungan dagangan EU-UK hanya boleh dirundingkan selepas Britain benar-benar meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).

Britain dan Suruhanjaya Eropah (European Commission) mengadakan rundingan pusingan ketiga minggu ini yang mana Kesatuan Eropah mahu kedua-dua pihak berfokus kepada hak-hak rakyat EU dan Britain yang menetap di luar negara, pembayaran wang dan juga sempadan Ireland.

“Saya jelas di sini telah membaca cadangan-cadangan oleh Britain dan semuanya tidak memuaskan, oleh itu banyak perkara yang perlu diselesaikan,” kata Juncker dalam ucapannya kepada wakil-wakil Kesatuan Eropah.

“Kita perlu jelas di sini bahawa kita tidak akan memulakan sebarang rundingan tentang hubungan ekonomi dan dagangan yang baru antara UK dan EU sebelum persoalan-persoalan ini terjawab…. iaitu perpisahan antara Kesatuan Eropah dan UK. Kita tidak boleh mencampur adukkan perkara-perkara ini,” tambah beliau.

“Kita perlu menyelesaikan perkara yang sudah berlalu sebelum melihat ke hadapan di masa akan datang.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat