EU Makin Ketat, Gergasi Teknologi Perlu Berjaga-jaga

205

‘Makin ketat peraturan dekat Eropah ya.’

Kesatuan Eropah (EU) yang giat menjalankan langkah membanteras kandungan haram telah mendapat sinar baharu apabila penggubal undang-undangnya meluluskan perundangan baru pada 23 April lalu.

Menerusi Akta Perkhidmatan Digital (DSA) yang diperkenalkan, syarikat-syarikat teknologi yang gagal mematuhi peraturan kandungan EU pada platform mereka boleh dikenakan denda sebanyak 6% daripada jumlah penjualan tahunan menjelang 2024.

Selain itu, andai didapati berterusan melanggar undang-undang tersebut, maka mereka boleh dikenakan larangan daripada menjalankan perniagaan di Eropah.

DSA turut menggariskan bahawa platform yang mempunyai lebih 45 juta pengguna perlu mematuhi peraturan yang lebih ketat dengan membayar yuran penyeliaan sebanyak 0.1% daripada hasil tahunan global mereka, selain perlu menyediakan laporan tahunan mengenai kandungan haram dan bahaya pada platform mereka.

Sebagai rekod, undang-undang tersebut telah ditegakkan oleh Ketua Strategi Antitrust EU, Margrethe Vestager bagi mengekang kandungan oleh syarikat teknologi seperti Alphabet Inc Google, Meta Platform Inc, Amazon, Apple dan Microsoft yang dianggap berbahaya atau haram.

Ia diperkenalkan bagi melindungi pengguna, terutamanya kanak-kanak dan menjaga data sensitif seperti agama, jantina, kaum dan pendapat politik.

Di samping itu, ia diharapkan dapat menghalang penyebaran ‘dark patterns‘, merupakan satu teknik yang mengelirukan orang ramai untuk memberi data peribadi kepada syarikat.

Dalam pada itu, pihak Google dilihat menyokong DSA dengan mengeluarkan satu kenyataan yang menyatakan bahawa mereka akan berkerjasama dengan penggubal undang-undang bagi memastikan peraturan tersebut dapat dilaksanakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat