EURUSD Analisa Fundamental Harian 1 Dec 2014

50

analisa-fundamental-euro-usd-03

Pada pengakhiran minggu lepas, Euro Dollar menokok 11 mata utk didagangkan sekitar 1.2477 selepas kadar inflasi menepati jangkaan, dengan kadar pengangguran tidak berubah pada 11.5% dan jualan runcit Jerman yang lebih baik dari jangkaan. Walaupun euro menokok berbanding Dollat yang menguat, pasaran Eropah secara amnya berdagang dengan berhati-hati pasca kejatuhan harga minyak mentah yang menjunamkan harga saham-saham syarikat tenaga.

Pasaran Asia ditutup bercampur-campur dan pasaran hadapan Amerika Syarikat menghadapi dagangan yang merugikan. Kejatuhan harga minyak adalah baik bagi pasaran global, bertindak sebagai pemangkin potongan cukai bagi pengguna-pengguna di barat, walaupun ianya kerugian bagi pihak pengeluar seperti negara-negara OPEC.

Walaupun secara amnya kejatuhan harga minyak berpunca dari susutnya permintaan global, pertambahan telaga-telaga baru di Amerika dan keengganan OPEC untuk mengurangkan pengeluaran jelas menunjukkan ini adalah lebih merujuk kepada isu pengeluaran. Harga yag lebih tinggi sudah tentunya akan menyebabkan peningkatan pengeluaran. Kesannya sudah tentu menurunkan kadar inflasi, tidak termasuk inflasi teras yang mengecualikan tenaga dan bahan api. Apakah keadaan ini yang membawa kepada deflasi akan menyebabkan ECB untuk bertindak menurunkan lagi kadar faedah?

Pada masa artikel ini ditulis, eurusd berada pada harga 1.2434 selepas menurun pada kadar 1.2420 setelah berita Spanish PMI dikeluarkan jam 4.15 pm tadi. Pada hari ini, pergerakan euro tertumpu kepada berita berita PMI (purchasing manager index)

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat