EURUSD Analisa Fundamental Harian 19 Feb 2016

45

Euro Dollar terus susut untuk hari kelima Khamis semalam, lebih 75 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $1.1070 sebelum menutup sekitar paras $1.1105; setelah pasaran memberikan reaksi kepada minit mesyuarat ECB yang disiarkan semalam.  Sebelum daripada itu, Feds AS telah menyiarkan minit mesyuarat terbarunya yang menunjukkan sentimen yang sedikit ‘dovish’, walaupun FOMC masih tegas mahu menaikkan kadar sepanjang tahun ini.

Di pasaran Eropah, ECB menghantar isyarat bahawa ia boleh meluluskan langkah-langkah lain yang bertujuan merangsang pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan inflasi yang rendah. Pandangan lebih dekat terhadap minit menyemarakkan jangkaan untuk rangsangan lagi apabila Majlis Pentadbir ECB mengadakan mesyuarat dasar monetari akan datang pada 10 Mac depan.

[adrotate group=”6″]

“Ia perlu ditegaskan bahawa, jika Majlis ECB terpaksa meningkatkan penggunaan pelbagai pilihan dasar yang ada, untuk mencapai mandat kestabilan harga, ia tidak akan teragak-agak untuk berbuat demikian,” kata ECB dalam minit mesyuarat. ECB bersedia untuk menggunakan instrumen dalam mandatnya bagi mencapai matlamat kadar inflasi sekitar 2% dalam jangka masa sederhana.

Pada masa yang sama, ECB berharap untuk mengelakkan salah langkah yang menghalang kemajuan pada mesyuarat pada bulan Disember lalu, apabila ia gagal memenuhi jangkaan pasaran dengan meluluskan langkah-langkah pelonggaran terhad dengan program pembelian asetnya yang menyeluruh. Akibatnya, Euro menikmati prestasi sehari paling kukuh berbanding Dolar dalam masa setahun dan bon kerajaan Eropah jatuh harga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat