EURUSD Analisa Fundamental Harian 26 Nov 2015

30

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-018

Euro Dollar jatuh lebih 120 pips Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar 1.0565 sebelum menutup sekitar paras 1.0625; setelah para trader Amerika Utara bersedia untuk cuti “Thanksgiving” dan mengira hari sehingga mesyuarat rangsangan ECB pada Disember ini. Dollar juga terus mendapat permintaan apabila data tuntutan pengangguran AS dilaporkan lebih baik dari jangkaan, dengan 260 ribu pemohon berbanding 273 ribu jangkaan dan 272 ribu pada sebelumnya.

Di pasaran Eropah, Reuters melaporkan bahawa Pembuat dasar Bank Pusat Eropah sedang mencari untuk meluaskan skop pembelian bon mereka atau melaksanakan caj penalti dua peringkat di bank-bank yang mendeposit wang tunai dengan ECB.  Antara langkah yang sedang dipertimbangkan, termasuk pembelian bon serantau dan juga membeli pinjaman semula dengan risiko tiada pembayaran.

Ketua eksekutif Kesatuan Eropah berkata semalam bahawa sistem sempadan bebas Schengen di rantau itu berada di bawah ancaman, dan memberi amaran bahawa jika ia gagal, mata wang tunggal Eropah boleh jatuh bersamanya. Bercakap di Parlimen Eropah di Strasbourg tentang serangan pengganas baru-baru ini di Paris, Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker mengakui bahawa “sebahagian sistem Schengen telah koma.”

[adrotate group=”6″]

“Jika semangat Schengen meninggalkan kita … kita akan kehilangan lebih daripada perjanjian Schengen. Satu mata wang tunggal tidak masuk akal jika Schengen gagal,” katanya. “Anda perlu tahu bahawa Schengen bukan merupakan satu konsep neutral. Ia juga bukan konsep baru. Ia adalah salah satu tonggak utama dalam pembinaan ekonomi Eropah.” tambah beliau lagi.

Berhadapan dengan kemasukan penghijrahan terbesar sejak selepas Perang Dunia II dan serangan pengganas baru-baru ini di Paris, beberapa negara termasuk Jerman, Perancis dan lain-lain telah mengetatkan sempadan mereka. Negara anggota juga sedang menyemak semula peraturan Schengen untuk kawalan sempadan luar Kesatuan Eropah dan mengubah cara dan peraturan pergerakan bebas bagi pemohon suaka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat