Evergrande Hadapi Saman Penggulungan Bernilai $110 Juta

396

‘Entah sempat ke tak nak capai sasaran penstrukturan semula tu sebelum kena status muflis pulak.’

Firma default terbesar dunia dari China, Evergrande Group menghadapi saman penggulungan (winding-up lawsuit) berjumlah $109.91 dari pemiutang di Hong Kong.

Saman tersebut telah dikemukakan oleh Top Shine Global Ltd yang merupakan salah satu pelabur dalam unit Fangchebao (FCB) Evergrande dan perbicaraan dijadualkan untuk didengari pada 31 Ogos.

Menyusuri rekod, firma pemaju hartanah milik jutawan Hui Ka Yan tersebut telah dikenakan default pada Disember lalu kerana kegagalannya untuk menyelesaikan hutang onshore dan offshore yang bernilai $300 bilion.

Sungguhpun firma merancang penstrukturan semula hutang-hutangnya, ia dilihat masih bergelut untuk mencapai sasaran yang ditetapkan pada akhir Julai tahun ini.

Dalam pada itu, setiap pelabur onshore dan offshore juga dilihat mendesak firma untuk mempercepatkan penstrukturan tersebut malah ada juga yang dilihat mengambil pendekatan memfailkan petisyen winding-up lawsuit.

Sebagai makluman, winding-up lawsuit merupakan satu petisyen atau saman yang dikemukakan pelabur untuk meminta Perintah Mahkamah bagi penggulungan sesuatu syarikat.

Erti kata lainnya, syarikat terpaksa mencairkan segala aset bagi membayar hutang yang ditanggung sebelum diisytiharkan muflis.

Setakat ini pihak Evergrande masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas atas saman tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat