Fahami Tentang Siling Hutang AS & Apa Jadi Kalau AS ‘Default’?

2,398

Amerika Syarikat (AS) merupakan antara negara yang paling maju dan mempunyai sektor ekonomi yang paling stabil di dunia.

Namun begitu hutang negara tersebut juga adalah yang paling tinggi di dunia dengan mencecah $31.4 trillion setakat Januari 2023.

Oleh itu, pada tahun 1917, siling hutang telah diperkenalkan di bawah Second Liberty Bond Act bagi mengelakkan AS daripada terus dibelenggu dengan jumlah hutang yang terlampau.

Siling hutang ini telah dirangka sewaktu Perang Dunia Pertama untuk menyelaraskan perbelanjaan dan meletakkan kerajaan AS pada tahap kewangan yang stabil.

Apa itu Siling Hutang?

Siling hutang merupakan had maksimum jumlah hutang yang boleh dibuat oleh AS dalam menjalankan operasi kerajaannya termasuk membayar gaji penjawat awam, bil-bil kerajaan dan sebagainya.

Siling hutang ini bukanlah untuk menyekat jumlah perbelanjaan kerajaan pada masa akan datang malah ianya bertujuan bagi membimbing kerajaan dalam merancang perbelanjaannya dengan lebih baik pada masa depan.

Sekiranya hutang kerajaan telah mencapai had siling tersebut, badan perbendaharaan perlu mencari alternatif lain bagi menyelesaikan pembiayaan kerajaan sementara menunggu siling hutang dinaikkan.

Apa itu Tarikh X?

Pada Januari lalu, badan perbendaharaan mula menggunakan langkah pengukuran atau “extraordinary measures” bagi memastikan kerajaan boleh meneruskan tanggung jawab mereka dalam dalam membuat pembayaran selepas mencecah siling hutang.

Tarikh X merupakan tarikh di mana kerajaan sudah tidak mampu untuk membuat pembayaran dan dikategorikan sebagai default.

Pakar mengatakan tarikh X tersebut mungkin boleh datang seawal 1 Jun ini.

Siapa yang boleh menaikkan siling hutang?

Kongres mempunyai badan yang bertanggungjawab dalam hal ini, namun penggubal undang-undang perlu mencapai kata persetujuan antara White House (kebanyakan Republik) dan Senat (kebanyakan Demokrat).

Namun, kedua-dua pihak ini sukar untuk mencapai kata sepakat apabila pihak Republikan menginginkan apa sahaja cara bagi menaikkan siling hutang termasuk pemotongan perbelanjaan manakala pihak Demokrat pula tidak menginginkan sebarang pemotongan dalam perbelanjaan kerajaan.

Berapa kali siling hutang ini telah dinaikkan?

Menurut badan perbendaharaan, Kongres telah menaikkan siling hutang ini tidak kira sama ada secara tetap, sementara atau masih dibawah pengawasan sebanyak 78 kali sejak tahun 1960.

Apa yang bakal terjadi sekiranya siling hutang tidak dinaikkan?

Jika Kongres tidak menaikkan siling hutang pada tarikh X, kerajaan AS akan default dan tidak dapat melunaskan tanggungjawabnya dalam membayar gaji penjawat awam dan bil-bil lain yang perlu diselesaikan.

Namun hal ini tidak pernah lagi terjadi kepada AS.

Pakar ekonomi juga berpandangan bahawa US dolar akan mengalami kejatuhan nilai yang ketara ekoran status raja mata wang itu sebagai safe-haven mula diragui.

Pasaran saham dan bon dijangka akan mengalami penjualan besar-besaran setelah ketakutan pelabur mula melanda seperti situasi peristiwa ‘black swan’ yang pernah terjadi sebelum ini.

Harga-harga rumah bakal naik mendadak berikutan kadar faedah diramalkan akan melonjak tinggi selepas situasi default tersebut dan ekonomi bakal berdepan tempoh yang panjang untuk pulih kembali.

 

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat