Faktor Ini Masih Menjadi Pemacu Buat USD

584

Dolar greenback menguat pada sesi Eropah, dibantu oleh pengukuhan hasil perbendaharaan AS ketika tumpuan pasaran kini disasarkan kepada mesyuarat polisi FOMC pada minggu ini.

Penanda aras hasil bon kerajaan 10 tahun didagangkan pada 1.6320% pada hari Isnin, tidak jauh dari paras ketinggian satu tahun yang dicapainya pada Jumaat 1.645%.

Indeks dolar didagangkan menguat di sekitar harga 91.84 pada sesi pembukaan Eropah.

Matawang yen Jepun yang sensitif dengan kenaikan hasil bon AS, didagangkan lebih lemah berbanding US dolar.

Peningkatan hasil bon dijangka akan terus memacu pasaran minggu ini sebelum mesyuarat Federal Reserve (Fed), yang mana penganalisis percaya bahawa penggubal dasar akan memberi kenyataan optimis mengenai ekonomi Amerika Syarikat.

Euro susut 0.2% ketika pasaran kini dibelenggu kebimbangan terhadap kes Covid-19 yang kembali mencatatkan peningkatan, menambahkan lagi ketakutan terhadap Eropah yang jauh ketinggalan dalam kempen vaksinasi berbanding AS dan UK.

Itali kembali melaksanakan sekatan yang lebih ketat bermula 15 Mac sehingga 6 April, selepas menyaksikan peningkatan dalam kes harian Covid-19, yang melibatkan separuh dari 20 wilayah di negara itu.

Sementara itu, matawang pound didagangkan stabil di sekitar paras harga 1.39300 berbanding US dolar susulan kenyataan Gabenor Bank Pusat England (BOE), Andrew Bailey yang positif terhadap pemulihan ekonomi UK walaupun terdapat kesan Covid yang tidak setara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat