Farmasi Ukraine Benarkan Pembayaran Kripto Melalui Binance Pay

51

“Mungkin farmasi ni dapat buat untung lagi banyak melalui perjanjian ni.”

Ketepikan isu peperangan bersama Rusia, mari fokuskan kepada berita berkaitan farmasi terbesar di Ukraine, ANC Pharmacy yang berjaya memeterai perjanjian bersama syarikat gergasi exchanger mata wang kripto, Binance.

Tujuan utama kerjasama itu terjalin adalah untuk membenarkan para pelanggan membayar produk dan bekalan perubatan dalam kripto, tetapi mereka hanya dapat berbuat demikian setelah memesan sebarang produk melalui laman web rasmi syarikat tersebut.

Diperjelaskan lagi, pengguna perlu memuat turun aplikasi ANC Pharmacy, memilih produk diingini, membuat bayaran melalui Binance Pay dan mengambil ubat yang dipesan di farmasi itu.

Suka dimaklumkan bahawa Binance telah menderma aset digital bernilai $10 juta kepada Ukraine yang dilanda peperangan sejak beberapa bulan lalu lagi untuk menyokong kewangan negara itu.

Selain itu, Binance turut bekerjasama dengan syarikat penyedia perkhidmatan kewangan, Contis bagi melancarkan Binance Refugee Crypto Card yang membolehkan rakyat Ukraine membuat transaksi aset digital di Kawasan Ekonomi Eropah.

Umum mengetahui Binance telah mengehadkan perkhidmatannya kepada penduduk Rusia yang memegang kripto melebihi 10,000 euro.

Bukan itu sahaja, syarikatnya juga menghentikan beberapa akaun individu yang mempunyai kaitan dengan ahli politik Rusia berpangkat tinggi, antaranya anak tiri Menteri Luar Negeri Sergei Lavrov, Polina Kovaleva.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat