FBI Beri Amaran Penyokong Trump Mahu Buat Kacau

213

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memberi amaran kemungkinan protes bersenjata akan dijalankan di seluruh Amerika Syarikat (AS) beberapa hari sebelum Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden.

Wujud laporan bahawa beberapa kumpulan bersenjata merancang untuk berkumpul di 50 negeri dan di Washington DC menjelang pelantikan Biden sebagai Presiden pada 20 Januari kelak.

Beberapa kenyataan yang dikeluarkan di rangkaian dalam talian penyokong Trump menunjukkan mereka akan mengadakan beberapa protes termasuklah demonstrasi bersenjata di beberapa negeri pada 17 Januari dan bantahan di Washington DC pada hari pelantikan.

Menurut buletin dalaman FBI yang dilaporkan oleh ABC News dan beberapa media lain, sebuah kumpulan didakwa mahu ‘menyerbu’ mahkamah dan bangunan pentadbiran negeri, tempatan dan Persekutuan di seluruh negara sekiranya Trump dipecat lebih awal.

Semalam, Biden memberitahu para wartawan bahawa beliau tidak gentar untuk mengangkat sumpah di luar di luar Capitol.

Beliau dan calon Naib Presiden, Kamala Harris dijangka mengangkat sumpah di luar Capitol, hanya dua minggu selepas insiden rusuhan beramai-ramai oleh para penyokong Trump yang menyebabkan empat orang terkorban.

Pihak berkuasa keselamatan menegaskan insiden serupa tidak akan berlaku lagi dan dilaporkan seramai 15,000 tentera akan dikerahkan ketika majlis pelantikan Biden dan Harris.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS mengesahkan akan memulakan operasi Acara Keselamatan Khas Nasional (NSSE) untuk majlis pelantikan tersebut bermula esok bagi mengekang sebarang kejadian tidak diingini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat