Fed Kaplan Dan Bostic – Bank Pusat Tidak Perlu Mengubah Unjuran Kadar Inflasi

268

Harga minyak kini telah melepasi $70 setong, ahli the Fed telah memberi komentar bahawa peningkatan kadar inflasi dan tekanan kadar gaji tidak cukup untuk mengubah unjuran penetapan kadar bank pusat.

Presiden Fed Atlanta, Raphael Bostic dan Presiden Fed Dallas, Rober Kaplan bependapat mereka boleh bertoleransi jika inflasi berada di atas paras 2 peratus dan bank pusat tetap kekal dengan unjuran tersebut walaupun terdapat 2 kali peningkatan kadar faedah pada tahun ini.

Kaplan mengatakan tarif terhadap keluli dan harga minyak yang lebih telah meningkatkan kos untuk peniaga-peniaga US dan pasaran buruh semakin ketat.

Menurut Kaplan, tekanan cyclical pada jangka masa pendek semakin mengukuh. Namun ia akan perlahan pada jangka masa panjang dan akan menyebabkan harga menurun.

Bagi Bostic pu, jika trend ini terus berlangsung, ” kita akan melihat kadar gaji akan mula meningkat disebabkan kita kekurangan tenaga buruh.” Namun saya tidak pasti adakah terdapat tanda-tanda besar tentang bagaimana kadar upah akan meningkat di tengah inflasi.

Beliau juga mengatakan beliau boleh bertolenrasi sasaran kadar inflasi melebihi sediki paras 2 peratus.

Dalam komen yang berbeza Thomas Barkin, presiden Fed Richmond namun kadar gaji masih lagi tertekan.

The Fed telah menaikkan kadar faedah pada bulan Mac dan dijangka akan dinaikkan pada bulan Jun nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat