Finland Sah Sertai NATO!

320

Finland secara rasmi menjadi ahli ke-31 pakatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada hari Selasa.

Penyertaan negara Nordik itu dimeterai semasa upacara rasmi di ibu pejabat NATO di Brussels, yang turut dihadiri Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken dan Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg.

Keputusan bersejarah itu menandakan perubahan besar dalam landskap keselamatan di timur laut Eropah yang menambah kira-kira 1,300 km sempadan pakatan itu dengan Rusia.

Pada malam sebelum upacara Selasa, Jens Stoltenberg mengumumkan penaikan bendera Finland buat kali pertama di ibu pejabat perikatan itu di Belgium.

Ujarnya, ia akan menjadi hari yang baik untuk keselamatan Finland, untuk keselamatan Nordik, dan untuk NATO secara keseluruhan.

Terdahulu, Presiden Vladimir Putin telah memberi amaran bahawa pengembangan NATO selanjutnya tidak akan membawa lebih banyak kestabilan kepada Eropah.

Malah, beliau juga mengatakan akan meningkatkan pasukan berhampiran FInland jika pakatan itu menghantar tentera atau peralatan ke negara anggota baharu itu.

Sebagai rekod, Finland dan Sweden secara rasmi telah memohon untuk menyertai pakatan itu dalam satu langkah yang didorong oleh kebimbangan keselamatan dari perang Rusia di Ukraine.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat