Fuh! Penangan Arab Saudi, Pelabur Naik Minyak

217

Impak daripada amaran Arab Saudi ternyata telah mendorong lonjakan ketara buat dagangan minyak mentah untuk melonjak lebih tinggi.

Harga minyak melonjak hampir 4% pada Selasa yang membawa niaga hadapan minyak mentah Brent ke paras harga $99 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula lebih tinggi pada $93 setong pada sesi Asia hari ini.

Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Salman telah menyatakan kesediaan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) untuk mengurangkan pengeluaran bagi memulihkan harga minyak yang mendadak jatuh sejak kebelakangan ini.

Hal ini telah membawa tanggapan bahawa bekalan akan terus berkurang dalam pasaran, sekali gus mendorong harga minyak untuk meningkat.

Dari segi permintaan, Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan bekalan minyak mentah Amerika Syarikat jatuh sebanyak 5.6 juta tong pada minggu lalu, lebih banyak daripada dijiangkakan untuk penurunan hanya 448,000 tong.

Bacaan yang memberangsangkan ini telah membantu menguatkan lagi dagangan minyak mentah untuk bangkit dari paras terendah 6 bulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat