Gara-gara Nak Bayar Hutang, Evergrande Jual Semua Saham Syarikat Ini!

7,474

Hutang, hutang, hutang keliling pinggang.

Evergrande Group telah menjual seluruh pegangan sahamnya kepada firma perkhidmatan penstriman HengTen Network Group bernilai HK$2.13 bilion atau US$ 273.5 juta dalam usahanya untuk mengelak status ‘default‘ akibat hutang.

Evergrande, syarikat hartanah China dengan hutang yang banyak, telah mencatat kerugian sebanyak HK$8.5 bilion hasil penjualan 18% pegangannya ke HengTen, di mana syarikat gergasi permainan dan media sosial China, Tencent Holdings turut memegang kira-kira 20% saham.

Terdahulu, Evergrande telah beberapa kali melepasi tarikh akhir pembayaran dalam beberapa minggu kebelakangan ini, ketika ia juga bergelut dengan hutang lebih $300 bilion, di mana $19 bilion daripadanya adalah bon pasaran antarabangsa.

Unit milik penuh Evergrande telah memeterai perjanjian dengan Allied Resources Investment Holdings Ltd yang dimiliki oleh pelabur Li Shao Yu untuk menjual 1.66 bilion saham HengTen pada harga HK$1.28 sesaham yang didiskaunkan 24% pada harga penutupan hari Rabu.

Pelupusan saham terbaharu oleh Evergrande itu melanjutkan penjualan saham HengTen kepada 26.55% dalam pasaran sekunder sejak awal bulan ini.

Saham Evergrande turun 5% semasa dagangan petang sementara manakala HengTen yang disifatkan sebagai Netflix China oleh media China melonjak 23%.

Minggu lalu, Evergrande sekali lagi mengelak dari dikenakan default dengan pembayaran bon saat akhir, namun penangguhan tersebut tidak banyak membantu mengurangkan tekanan dalam sektor hartanah negara tanah besar itu daripada masalah mudah tunai.

Evergrande mempunyai pembayaran kupon baharu berjumlah lebih $255 juta yang perlu dibayar pada 28 Disember.

Dalam pada itu, pihak berkuasa China menggesa Pengerusi Evergrande Hui Ka Yan, 63, menggunakan sebahagian daripada kekayaan peribadinya untuk membantu membayar pemegang bon.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat