GBPUSD Analisa Fundamental Harian 1 Apr 2015

43

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-019.jpg

Pound Dollar yang awalnya jatuh lebih 55 pips, ke serendah 1.4755, sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Selasa semalam, kembali memacu naik ke setinggi 1.4870 pada sesi pagi New York; walaupun laporan “consumer confidence” Amerika Syarikat dilaporkan jauh lebih baik dari jangkaan.  Permintaan untuk Pound dilihat, terkesan dari laporan GDP tahunan UK yang lebih tinggi dari jangkaan.

GDP tahunan UK dilaporkan pada 3% berbanding 2.7% jangkaan dan laporan sebelum ini juga dikemas kini kepada lebih tinggi, 2.8%  United Kingdom dilihat sebagai negara kedua selepas Amerika Syarikat, yang bakal menaikkan “interest rate” nya.  Kadar ketika ini 0.5% adalah yang terendah dalam sejarah Britain.  Para penganalisa menjangka kenaikan ini sekitar suku pertama tahun 2016.

Manufacturing PMI dilihat antara data yang dapat memberikan impak bagi Pound untuk hari ini dan menaikkan sedikit Pound berbanding Dollar. Ia dijangka keluar lebih baik 54.5 berbanding 54.1. Terdapat data lain juga bagi Dollar iaitu “ADP employment change” yang dijangka lebih baik dengan 225 ribu pekerja ditambah berbanding 212 ribu pada sebelumnya. Tetapi jika data ADP ini menunjukkan angka yang kurang memberansangkan, ini adalah peluang untuk Pound membuat sedikit kenaikan seiring dengan kesan baiknya data Manufacturing PMI.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat