Giliran Malaysia Persoal TikTok, SKMM Teliti Video Rusuhan 13 Mei

218

‘Dah cakap dah selain video joget, video lain dalam TikTok ni mengancam jiwa.’

Sepanjang minggu lalu laman media sosial Malaysia dikatakan kecoh dengan penyebaran 3 buah video provokasi kebangkitan kejadian rusuhan 13 Mei 1969 yang tular di aplikasi TikTok.

Ia telah membawa kekecohan dalam negara, memaksa Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan.

Kemas kini terbaru siasatan mendapati video yang tular tersebut melanggar Akta 574 Kanun Keseksaan kerana menimbulkan ketidakharmonian, kebencian dan prejudis.

Di bawah akta itu juga andai didapati bersalah, denda atau penjara atau kedua-duanya akan dikenakan jika sabit kesalahan.

Buat masa ini pihak pengurusan TikTok dipanggil oleh 2 badan pihak berkuasa tersebut bagi memberi penjelasan mengenai penyebaran 3 buah video itu.

Kenyataan rasmi SKMM mengutuk kandungan video yang dilabel sebagai tidak bertanggungjawab, mengganggu keharmonian dan boleh menyebabkan perpecahan termasuk kebencian atau prejudis dalam hal berkaitan agama dan kaum.

SKMM juga berkata bahawa mereka akan terus meneliti video tersebut bersama-sama PDRM dalam usaha untuk membendung penyebaran video yang boleh mencetus ketidakharmonian negara.

Ternyata populariti TikTok ada harga yang perlu di bayar dengan badan-badan pengawal selia di seluruh dunia sering mempersoalkan video-video yang tular pada platform video pendek itu.

Sebelum ini, TikTok pernah berdepan masalah serupa berkenaan penyederhanaan kandungan (content moderation) di Amerika Syarikat apabila seorang wanita telah membunuh diri kerana membuat cabaran viral yang memakan diri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat