GOLD Analisa Fundamental Harian 20 Aug 2015

33

moshedfx-forex-malaysia-gold-012

Emas terus memacu naik lebih $17.70/oz Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,134.65/oz sebelum menutup sekitar paras $1,133.85/oz; setelah minit mesyuarat FOMC yang disiarkan awal pagi tadi menunjukan Federal Reserve AS yang risau dengan inflasi yang masih terkebelakang, dolar yang kukuh serta perkembangan di China yang mengancam ekonomi AS; sekaligus memberi gambaran kelewatan kenaikan “interest rate”.

Walau bagaimanapun, sama ada ini akan cukup untuk mengekalkan momentum menaik, masih belum dapat dilihat kerana ianya mungkin bersifat sementara. Peningkatan yang mungkin berlaku dalam “interest rate” AS akan menjadi yang pertama sejak 2006 dan ia akan memalapkan permintaan untuk aset tidak ber”interest” seperti emas.

Pada masa yang sama, carta teknikal mencadangkan emas masih boleh menguji paras tertinggi tiga minggu daripada $1,126 yang disentuh pada minggu lalu dan kemudian $1,137, menurut penganalisis ScotiaMocatta. “Kami agak yakin kerana kesan dolar yang agak kukuh, yang telah menjadi memberati logam berharga,” tambah mereka lagi.

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat