Harga Petrol Dan Diesel Dijangka Naik Minggu Ini

86

Harga minyak mentah global melonjak sejak tiga sesi dagangan lalu pada Khamis. Harga minyak WTI (West Texas Intermediate) naik dari $51.07 setong pada Khamis sehingga mencecah $53.20 setong pada masa artikel ini ditulis.

Sejak serangan Amerika ke atas Syria pada Jumaat, harga komoditi ini melonjak dalam pasaran global.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengatakan, kenaikan harga minyak mentah dalam pasaran global akan memberi kesan kepada harga runcit minyak di Malaysia.

“Sejak harga petrol dan diesel ditentukan mengikut harga pasaran, sebarang kenaikan harga minyak dalam pasaran global akan memberi kesan kepada harga di Malaysia.

“Walaubagaimanapun, saya tidak mahu membuat spekulasi terhadap harga minyak.  Harga bahan api petrol dan diesel ditentukan secara mingguan dan bukan lagi secara bulanan sebelum ini,” tambah beliau.

Minggu lepas kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga bahan api runcit sehingga 3 sen. Ron 95 naik 3 sen, manakala Ron 97 naik dua sen, di mana Diesel turun dua sen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat