Imbangan Dagangan Kanada Baik Tetapi Susut Dalam Jumlah Dagangan

50

Imbangan perdagangan (trade balance) Kanada menyusut secara mendadak kepada defisit C$1.13 billion pada Oktober dari paras defisit C$4.3 billion pada bulan sebelum yang dilaporkan pada mulanya sebanyak C$4.08 billion defisit. Data kali ini adalah defisit bulanan yang terendah sejak Januari yang lebih baik berbanding jangkaan penganalisis iaitu C$2.1 billion defisit.

Jumlah import pada September banyak dilonjakkan oleh import projek minyak mentah luar pesisir dan dilaporkan import jatuh mendadak pada Oktober sebanyak 6.3% ke paras terendah sejak Februari 2015.

Permintaan import masih lemah, walaupun dengan 1.3% kejatuhan dan import jatuh dalam 7 daripada 11 sektor. Masih ada kejatuhan dalam import tenaga bagi bulan lepas berikutan kerja-kerja baikpulih dalam cari gali petroleum dan gas.

Tanpa mengambilkira projek di Hebron, imbangan dagangan ini sepatutnya jatuh ke paras C$1.1 billion dari C$1.5 billion sebelum ini.

Eksport meningkat 0.5% pada bulan sama dengan 1.2% peningkatan harga yang diseimbangkan oleh kejatuhan 0.7% oleh jumlah eksport keseluruhan. Eksport meningkat 0.5% pada bulan sama walaupun terdapat kejatuhan dalam 7 sektor dimana peningkatan eksport minyak distabilkan oleh eksport bukan-minyak.

Data secara keseluruhan menunjukkan jumlah dagangan yang relatifnya lemah yang mana akan menyebabkan kebimbangan Bank of Canada walaupun masih rendah dari jangkaan penganalisis.

Dolar Kanada menguat sementara sejurus dikeluarkan berikutan data yang lebih baik dari jangkaan. Usd/Cad menguat dari 1.3265 ke paras 1.3285 kerana data menunjukkan kekurangan dalam jumlah dagangan Kanada.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat