Implikasi Brexit Akan Sebabkan Purata Gaji Setahun Di UK Jatuh £470

150

Keputusan kerajaan Britain untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU), atau lebih dikenali sebagai Brexit menurut pakar akan menyebabkan purata gaji pekerja dalam setahun menurun pada £470 bersamaan $557 menjelang akhir dekad ini.

Perkara tersebut telah digariskan oleh  Swati Dhingra, seorang Profesor Madya di London School of Economics kerana ia akan memberi kesan implikasi jangka panjang dalam produktiviti pekerja.

Terangnya, produktiviti merentasi ekonomi Britain akan menurun 1.3% menjelang 2030 berbanding sebelum Brexit yang jatuh 1.8% dalam gaji tahunan sebanyak £470 setiap pekerja.

Hal ini telah disokong oleh ahli ekonomi Yayasan Resolusi, Sopie Hale yang menyatakan Brexit akan mengurangkan daya saing dan keterbukaan United Kingdom (UK) dalam berdagang dengan pelbagai negara.

Rentetan itu, ia boleh membawa kepada pengecutan produktiviti serta gaji pekerja menjelang tahun-tahun mendatang.

Umumnya, sejak keputusan Britain untuk meninggalkan EU pada Januari 2020 lalu serta ditambah dengan tercetusnya pandemik Covid-19 telah merumitkan keadaan buat negara tersebut kerana tiada lagi peraturan dagangan secara terus dari negara-negara Eropah lain.

Sungguhpun begitu, kerajaan Britain menyatakan bahawa mereka sedang mengusahakan undang-undang baru bagi meningkatkan pertumbuhan serta perdagangan dengan EU.

Seorang jurucakap kerajaan mengesahkan bahawa Britain akan terus menambah baik peraturan di UK dari segi perniagaan dan pengguna termasuk mengatur rancangan rapi dalam meningkatkan persaingan serta memanfaatkan teknologi.

Kesan Mendalam Kepada Ekonomi Britain

Difahamkan kesan Brexit terhadap beberapa sektor akan kelihatan lebih ketara menjelang sedekad lagi.

Contohnya, indsutri perikanan yang kecil tetapi berprofil tinggi yang kebanyakan ahlinya penyokong kuat Brexit dijangka mengecut 30% disebabakan kesukaran mengeskport hasil tangkapan ke EU.

Dan, perkhidmatan profesional yang dikawal selia seperti kewangan, insurans dan undang-undang akan menurun 20.2% kerana Britain akan menghadapi kesukaran dalam berurusan dengan pelanggan dari EU.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat