Inflasi Dan Sektor Pekerjaan Menunjukkan Pemulihan Ketara, Apakah Langkah The Fed Seterusnya?

656

Jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan baru untuk faedah pengangguran semakin hampir mencapai angka pra pandemik pada minggu lalu. Ini membawa indikasi bahawa jumlah tuntutan semakin selaras dengan pertumbuhan pekerjaan yang didorong oleh aktiviti ekonomi yang rancak, peningkatan vaksinasi dan rangsangan fiskal yang besar.

Walaubagaimanapun, harga pengguna terus meningkat lebih tinggi pada bulan Mei dengan penularan pandemik semakin berkurangan. Tuntutan awal untuk faedah pengangguran adalah sebanyak 376,000 bagi minggu yang berakhir pada 05 Jun berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja pada hari Khamis. Angka ini juga menurun berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada angka 385,000. Bacaan minggu ini adalah terendah sejak pertengahan Mac 2020.

Setakat ini jumlah tuntutan pengangguran telah menurun selama enam minggu berturut-turut. Pemberhentian pekerja semakin berkurang, dengan majikan berusaha untuk menawarkan pekerjaan kepada mereka yang menganggur.

Dalam masa yang sama, hampir separuh daripada populasi orang dewasa telah mendapat vaksin. Disisi yang berbeza, Indeks harga pengguna telah meningkat 0.6% pada bulan lalu setelah melonjak 0.8% pada bulan April, yang merupakan kenaikan terbesar sejak Jun 2009.

Kiraan tahunan, IHP/CPI bulan Mei telah meningkat 5% kenaikan tahunan terbesar sejak Ogos 2008. Penganalisis berpendapat bahawa kenaikan kadar inflasi yang pantas ini tidak akan memberi kesan kepada dasar monetari. Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell berulang kali menyatakan bahawa inflasi yang lebih tinggi ini adalah sementara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat