Inflasi Kanada Bulan Jun Naik 8.1%, Ini Jangkaan Langkah BoC Yang Perlu Di Ketahui Pasaran!

257

Bacaan inflasi iaitu Indeks Harga Pengguna (IHP) Kanada pada bulan Jun dilaporkan meningkat ke paras tertinggi sejak Januari 1983, mengekalkan tekanan ke atas Bank of Canada untuk terus menaikkan kadar faedah yang agresif.

Indeks harga pengguna meningkat 8.1% daripada tahun sebelumnya berdasarkan data Statistik Kanada pada hari Rabu. Kadar inflasi meningkat 0.7% daripada sebulan sebelumnya. Namun begitu, Kedua-dua angka ini adalah lebih rendah daripada jangkaan, dengan ahli ekonomi menjangkakan kennaikan kira-kira 8.4% setiap tahun dan 0.9% setiap bulan, berdasarkan anggaran median dalam tinjauan Bloomberg.

Peningkatan kadar inflasi tahunan melepasi paras 8% akan mengekalkan Bank of Canada untuk mengambil langkah pengetatan ekonomi walaupun angka-angka tersebut mula perlahan.

Harga petrol yang lebih tinggi merupakan penyumbang utama kepada inflasi bulan lepas, dengan harga meningkat 6.2% pada bulan tersebut dan 55% pada tahun tersebut. Kos makanan dan tempat tinggal, bagaimanapun, menunjukkan tanda-tanda pertumbuhan yang perlahan. Harga makanan naik 0.1% pada bulan itu, kenaikan paling perlahan dalam setahun.

Kos perlindungan meningkat 0.4%, peningkatan terkecil sejak November. Ini mencerminkan sebahagian komisen hartanah adalah lebih rendah apabila pasaran perumahan semakin perlahan lapor Jabatan Statistik Kanada.

Pada awal bulan ini, Bank of Canada menganggarkan inflasi akan purata kira-kira 8% hingga suku ketiga 2022 sebelum berkembang perlahan. Dagangan swap menunjukkan pelabur menjangkakan bank pusat akan menaikkan kadar faedah dasarnya sebanyak 75 mata asas lagi pada bulan September, selepas peningkatan peratusan penuh pada awal bulan Julai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat