Ini Cara Terbaik Elon Musk Patut Belanja US$6 Bilion Untuk Bantu Dunia

2,373

Elon Musk patut sertai Avenger dan selamatkan dunia dari kebuluran.

Eksekutif tertinggi dalam industri makanan global bersepakat menyatakan cara terbaik untuk Musk belanjakan US$6 bilion bagi menamatkan masalah kebuluran dunia adalah dengan membantu para petani peroleh pendapatan lebih baik melalui pertanian mampan.

Terdahulu, Elon Musk pernah diminta untuk melaburkan duitnya bagi membantu menamatkan masalah kebuluran dunia. Namun, jutawan dan pemilik Tesla tersebut dengan sinisnya menyatakan jika Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dapat menjelaskan bagaimana cara duit tersebut dibelanjakan dalam menyelesaikan masalah kebuluran dunia, beliau akan menjual saham Tesla dengan segera.

Menurut ketua pegawai eksekutif Bayer AG, Werner Baumann, wang tersebut patut dilaburkan kepada petani dengan memberi mereka akses kepada teknologi dan data yang betul selain membina sistem yang boleh meningkatkan kehidupan mereka dalam amalan mampan adalah cara terbaik.

Selain itu, CEO Cargill, David MacLennan menyatakan bahawa pelaburan dalam infrastruktur adalah penting kerana ia akan membolehkan bekalan makanan disalurkan daripada pengeluar kepada pengguna dengan lebih berkesan. Tambahnya lagi, kemudahan yang boleh bertahan daripada bencana alam disebabkan oleh iklim yang tidak menentu juga sangat penting.

Seterusnya, ketua pegawai eksekutif Gro Intelligence, Sara Menker yang lebih berfokus kepada pertanian berskala kecil berkata beliau patut membelanjakan wang tersebut bagi membina institusi kewangan yang boleh menghasilkan model baharu untuk membiayai pertanian.

Sementara itu, Alloysius Attah, ketua pegawai eksekutif Farmerline, yang menghubungkan pekebun kecil kepada perkhidmatan maklumat dan kewangan, menyuarakan keperluan untuk melabur dalam infrastruktur seperti jalan yang lebih baik dan kemudahan penyimpanan yang mengurangkan kerugian dan meningkatkan kualiti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat