Itu Dia! Matawang Gergasi USD Sudah Bangkit Dari Tidur

1,376

US dolar kembali memaparkan peningkatan ketika pasaran memasuki sesi Eropah, menyebabkan kebanyakan matawang utama lain berundur dari peningkatan sederhana yang dicatatkan sebelum ini.

Ketika penulisan, indeks dolar menokok 0.5% berbanding enam matawang utama lain, membawanya didagangkan lebih tinggi ke sekitar harga 96.00.

Kebangkitan ini bukan sahaja dilihat pada USD, tapi juga dipamerkan oleh safe-haven yen dan logam berharga emas selepas disokong oleh kebimbangan pasaran terhadap pandemik Covid-19 yang semakin memburuk di Eropah.

Pandemik Covid-19 di Jerman semakin membimbangkan, lebih-lebih lagi selepas Menteri Kesihatan mengatakan negara itu berada dalam kecemasan disebabkan peningkatan mendadak dalam kes jangkitan.

Berita duka ini tidak terhenti di sini, malah Austria yang sebelum ini mengenakan sekatan ke atas golongan yang tidak divaksin sahaja, telah mengumumkan lockdown di seluruh negara secara mengejut pada hari ini.

Ini menyebabkan matawang utama merudum dan memberi keuntungan pada matawang safe-haven.

Euro menyusut semula ke sekitar paras harga 1.1300 berbanding USD susulan laporan ini, selain turut terkesan dengan kenyataan terbaru Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Christine Lagarde.

Lagarde terus berpandangan bahawa syarat untuk mengetatkan dasar masih jauh lagi untuk dicapai, menunjukkan bahawa bank pusat itu akan mengekalkan kadar faedah yang rendah lebih lama.

Matawang pound pula kembali jatuh di bawah paras harga 1.3500 susulan kebangkitan semula USD, gagal mengekalkan keuntungan daripada data jualan runcit UK yang positif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat