Ini Data Pekerjaan Yang Digunakan Sebagai Pemandu Analisis Dan Unjuran Ekonomi!

222

Jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan buat kali pertama untuk faedah pengangguran mencatat kejatuhan pada minggu lalu berikutan aktiviti ekonomi berkembang. Walaupun begitu, penganalisis berpendapat bahawa pasaran buruh memerlukan waktu bertahun-tahun untuk pasaran buruh pulih sepenuhnya.

Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh pada hari ini menunjukkan jumlah tuntutan pengangguran pada minggu lepas mencatat jumlah bacaan sebanyak 648,000 tuntutan bagi minggu yang berakhir 20 Mac. Bacaan ini telah kurang daripada jangkaan yang ditetapkan oleh para penganalisis pada 730,000 dan penurunan berbanding minggu sebelumnya iaitu sebanyak 781,000.

Pakej rangsangan pandemik Covid-19 yang benilai $1.9 trilion dan peningkatan vaksinasi dijangka akan meningkatkan aktiviti ekonomi pada bulan Mac. Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen dan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell telah mengeluarkan kenyataan dan menzahirkan keyakinan terhadap ekonomi.

Tambah Powell, tahun ini akan menjadi tahun kebangkitan buat Amerika Syarikat. Setelah setahun pandemik melanda, jumlah tuntutan pengangguran kekal di atas 665,000 tuntutan. Angka yang sihat  bagi jumlah tuntutan adalah diantara julat 200,000 sehingga 250,000.

Ahli ekonomi mengatakan memerlukan masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk ekonomi menawarkan kembali peluang pekerjaan yang telah hilang sebanyak 22.4 juta pekerjaan sejak pandemik.

Disisi lain, GDP A.S mencatat peningkatan sebanyak 4.3% pada suku keempat. Ekonomi diramalkan akan berkembang sebanyak 7.5% pada suku pertama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat