Ini Dia Resepi Untuk Mengelak Kemelesetan Oleh IMF!

138

‘Sebenarnya mana-mana pun boleh menyebabkan kemelesetan tapi persoalannya cepat atau lambat je.’

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menggariskan kepentingan polisi fiskal dari kerajaan bergerak selari dengan dasar pengetatan oleh bank pusat.

Asas tersebut dizahirkan oleh pengarah urusan IMF, Kristalina Georgieva dengan mengatakan polisi fiskal perlu memainkan peranan di sebalik pengetatan dasar bank pusat kerana kos sara hidup tinggi membebankan masyarakat.

Umumnya, lonjakan inflasi di seluruh dunia telah memaksa bank-bank pusat untuk menaikkan kadar faedah dan perkara tersebut secara tidak langsung melemahkan pertumbuhan serta memberi kesan kepada golongan tidak berkemampuan.

Georgieva menggambarkan pergerakan antara polisi fiskal dan dasar monetari seperti menekan brek kereta serta pedal minyak.

Sungguhpun begitu, beliau mengatakan polisi fiskal yang sama rata dengan mengurangkan harga tenaga dan memberi subsidi adalah bertentangan dengan tujuan dasar monetari.

Perkara ini mungkin merujuk kepada pelaksanaan program pemotongan cukai oleh Perdana Menteri United Kingdom (UK), Liz Truss yang menyebabkan kekacauan dalam pasaran minggu lepas.

Berbalik ke berita asal, kerajaan seluruh dunia diseru mengambil langkah terbaik dengan menyokong penduduk negara mereka semasa inflasi dan kekurangan makanan berlaku sambil ia selari dengan kenaikan kadar faedah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat