Ini Faktor Yang Menjadikan Harga Minyak Dunia Mengganas!

522

Minyak mentah didagangkan lebih kukuh pada hari ini selepas mencatat lonjakan drastik pada sesi sebelumnya, yang menyaksikan harga menyentuh paras tertinggi hampir 2 tahun.

Pada sesi Eropah, penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan menguat di sekitar harga $70.50 setong, susut sedikit dari paras tertinggi $71.30 setong yang dicapainya sebelum ini.

Sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula didagangkan stabil pada $67.80 setong, setelah menyentuh tahap tertinggi pada $68.85 setong.

Pasaran semakin optimis bahawa permintaan bahan bakar akan meningkat lebih kuat dalam beberapa bulan akan dtaang, seiring dengan musim memandu pada musim panas di Amerika Syarikat.

Menambahkan lagi keyakinan pasaran adalah apabila data pembuatan AS yang diterbitkan pada sesi New York, menunjukkan aktiviti ekonomi terus menunjukkan pemulihan yang kuat pada bulan Mei.

Sementara itu, pertemuan OPEC+ yang berjalan pada Selasa menyaksikan negara anggota pengeluar bersetuju untuk kekal dengan komitmen untuk meningkatkan pengeluaran secara beransur-ansur sehingga bulan Julai.

Walaupun begitu, harga minyak tidak terkesan dengan keputusan tersebut kerana Menteri Tenaga Arab Saudi Putera Abdulaziz bin Salman mengatakan permintaan telah menunjukkan tanda-tanda peningkatan yang jelas, dan ini telah mendorong harga lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat