Ini Janji Pakatan Harapan Jika Menang Pilihanraya Dalam Manifesto Sebelum Ini

6,430

Manifesto ini dilancarkan sendiri oleh calon Perdana Menteri Pakatan iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam pada 8 Mac yang lalu.

Datuk Saifuddin iaitu Setiausaha Pakatan berkata manifesto ini adalah usaha bersama parti-parti di bawah Pakatan Harapan. Ia adalah persetujuan bersama selepas perbincangan bersama dengan ahli akademik, masyarakat, penganalisis ekonomi, ahli professional dan bekas penjawat awam.

Saifuddin menegaskan, manifesto Pakatan Harapan adalah manifesto yang praktikal untuk memperbaiki dan membina Malaysia.

Manifesto Pakatan bertunjangkan 5 perkara utama yang akan menjadi manifesto ‘kerajaan yang ditunggu-tunggu”. 5 tunjang utama itu adalah:

#1 Mengurangkan beban rakyat
#2 Reformasi pentadbiran negara dan politik
#3 Membentuk ekonomi negara yang adil dan saksama
#4 Mengembalikan hak dan status Sabah dan Sarawak seperti dalam Deklarasi Malaysia 1963.
#5 Membina Malaysia yang inklusif, sederhana dan gemilang di peringkat antarabangsa.

Apa yang menjadi perhatian rakyat marhaen adalah 10 janji Pakatan Harapan dalam masa 100 hari tadbir Putrajaya:

#1 Menghapuskan GST dan mengurangkan kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat

#2 Memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.

#3 Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka FELDA.

#4 Memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah.

#5 Menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum.

#6 Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang daripada RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.

#7 Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji, dan merombak semua struktur kepimpinan mereka.

#8 Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963

#9 Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40.

#10 Melancarkan kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing.

Manakala manifesto yang menarik selepas Lima tahun mentadbir seperti di bawah:

Kami senaraikan yang mungkin menggembirakan rakyat Malaysia.

#1 1 Juta perumahan mampu milik dan mampu sewa.

#2 Hapuskan tol secara berperingkat.

#3 Pendidikan percuma untuk IPTA.

#4 Gaji minima RM1500 secara berperingkat.

#5 Sabah & Sarawak akan mempunyai lebih kuasa (Desentralisasi).

#6 Mengekalkan BR1M kepada golongan B40.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat