Ini Punca Dolar Loonie Terbenam Lebih Rendah!

293

Dolar loonie didagangkan lebih rendah ketika US dolar terus mempertahankan pengukuhannya menuju dagangan penghujung minggu.

Selain daripada laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat, pelabur turut mengarahkan perhatian kepada data pekerjaan Kanada yang juga akan diterbitkan pada sesi New York malam ini.

Penganalisis nampaknya masih melihat pertumbuhan yang lemah dalam pasaran pekerjaan Kanada, di mana ia dijangka akan menunjukkan pertambahan yang lebih rendah pada bulan Oktober.

Sementara kadar pengangguran pula diramalkan menurun sedikit kepada 6.8% daripada 6.9% yang dicatatkan bulan sebelumnya.

Pada bulan September, ekonomi Kanada tanpa dijangka telah menambah lebih banyak pekerjaan berbanding dijangkakan. Oleh itu, tidak mustahil sekiranya situasi sama berlaku pada malam ini.

Ketika penulisan, dolar Kanada diniagakan suram di paras terendah hampir empat minggu pada sekitar harga 1.24650 berbanding US dolar.

Turut mempengaruhi dagangan dolar loonie adalah penyusutan harga minyak mentah dunia ke tahap terendah empat minggu selepas terkesan dengan peningkatan tidak dijangka dalam bekalan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, keputusan OPEC+ untuk mengekalkan tambahan pengeluaran sebanyak 400,000 tong sehari membantu dagangan komoditi hitam itu daripada jatuh lebih rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat