Ini Rincian-Rincian Yang Perlu Diketahui Tentang Perjalanan Brexit Pada Tahun 2020!

422

UK ditetapkan akan meninggalkan Kesatuan Eropah pada 31 Januari tahun 2020 namun hal ini tidak bermakna ia akan mengakhiri rantaian proses Brexit. Kedua-dua belah pihak dijangka akan berunding dengan lebih terperinci mengenai hala tuju masa hadapan sejak tarikh pengunduran. Walaubagaimanapun, kegagalan untuk mencapai kesepakatan kedua menjelang akhir tahun 2020 akan meningkatkan kos dan halangan yang lebih tinggi apabila perdagangan barangan dan perkhidmatan dilakukan.

Berikut adalah beberapa perkara yang harus diperhatikan mengenai isu Brexit pada tahun hadapan:

  •  Pertengahan Januari – Ahli Parlimen Eropah bertemu untuk kali pertama pada tahun 2020 dan dijangka menyerahkan dokumen peralihan yang akan mengariskan butiran tentang bagaimana UK akan meninggalkan Kesatuan Eropah. Dokumen ini telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada awal bulan ini.

 

  • Januari 31 – UK ditetapkan secara rasmi meninggalkan Kesatuan Eropah pada jam 11 pagi waktu London. Tempoh peralihan akan bermula daripada waktu tersebut. Dengan ini kerajaan UK akan kehilangan hak mengundi di Brussels, namun undang-undang EU masih termaktub dalam UK.

 

  • Matlamat tempoh peralihan adalah bagi mempermudahkan kedua-dua pihak menjalani perjanjian kedua pada masa hadapan. Ini termasuk pengaturan perdagangan baru serta perjanjian keselamatan dan perkongsian data.

 

  • Februari 25 – Menteri-menteri Eropah dijadualkan untuk bertemu di Brussels. Ini merupakan masa EU meluluskan mandat perundingan untuk Michel Barnier atau tidak. Beberapa pihak berspekulasi bahawa perbincangan mengenai masa hadapan kedua-dua belah pihak akan bermula pada akhir Februari atau awal Mac.

 

  • June – Dijangka sidang kemuncak EU-UK akan berlangsung pada bulan ini. Dalam sidang kemuncak ini kedua-dua belah pihak perlu memutuskan sama ada akan memuktamadkan hubungan perdagangan baru menjelang akhir tahun 2020. Sebagaimana menurut Boris Johnson, beliau tidak mahu memanjangkan tempoh peralihan dan telah mengusulkan undang-undang yang menghalang tarikh akhir Brexit dilanjutkan.

 

  • November – Para penggubal undang-undang Eropah berhujah bahawa akhir bulan November adalah waktu terakhir untuk menandatangani perjanjian kedua.

 

  • 31 Disember – Tarikh tersebut akan jadi tanda sejarah apabila pengaturan dan hubungan baru akan berkuatkuasa.

 

Tamsilnya ramai pihak yang berhujah bahawa 11 bulan adalah sangat tidak cukup dan mencabar. Presiden Suruhanja Kesatuan Eropah, Ursula von der Leyen telah mengatan bahawa EU akan menumpukan pada isu yang paling kritikal terlebih dahulu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat