Ini Sebab Para Trader GBP Mula Berhati-Hati!

606

Pada hari ini, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson telah mengumumkan bahawa beliau akan mengenakan sekatan yang lebih ketat kepada England dalam waktu yang terdekat ini. Langkah ini adalah bagi mengekang penularan pademik Covid-19 yang meningkat dengan banyak dan juga membawa indikasi bahawa sekolah menengah akan terus ditutup sehingga pemberitahuan terbaru kelak.

Kes Covid-19 telah meningkat dengan banyak di Britain dalam beberapa minggu ini didorong oleh penularan wabak yang pelbagai dan lebih mudah ditularkan. Pada hari Ahad terdapat hampir 55,000 kes baru dan secara keseluruhan lebih daripada 75,000 orang di Britain telah meninggal dunia disebabkan jangkitan Covid-19. Britain kini merupakan negara kedua tertinggi di Eroah dalam kes jangkitan Covid-19.

Kata Johnson, peningkatan kes jangkitan Covid-19 sejak akhir-akhir ini semakin membimbangkan maka tindakan yang lebih tegas harus diambil dan dijangka akan melakukan pengumuman dalam waktu yang terdekat.

Setiausaha Kesihatan Matt Hancock berpendapat bahawa langkah pencegahan tahap 3 adalah tidak begitu efektif. Disisi lain, Johnson juga memaklumkan bahawa sekolah menengah berkemungkinan akan masih ditutup.

Langkah pencegahan Covid-19 yang pertama kali diimplimentasikan pada Mei tahun lalu telah mendorong penurunan output ekonomi sebanyak 25% iaitu angka kejatuhan yang belum pernah terjadi. Walaupun ekonomi telah mencatat pemulihan pada suku ketiga, langkah-langkah pencegahan baru dapat mengancam menyebabkan kemelesetan dua kali ganda pada awal tahun 2021.

Matawang sterling menyusut sebanyak 0.32% kepada $1.3629 berbanding US dolar pada setelah mencapai tahap tertinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat