Saya Akan Bawa Pistol Dalam Kongres – Boebert

247

Ahli Kongres yang baharu dilantik, Lauren Boebert bertekad untuk membawa pistol jenama Glock sepanjang tempohnya berbakti di Washington DC.

Dalam sebuah video yang dikeluarkan kelmarin, Boebert dilihat mengisi peluru pistol sebelum berjalan di sekitar kota tersebut.

“Saya akan membawa pistol saya di DC dan dalam Kongres,” katanya dalam video terbabit, yang telah ditonton sebanyak dua juta kali.

Bagaimanapun, Ketua Polis Washington DC, Robert Contee III memaklumkan beliau akan bercakap dengan Boebert tentang undang-undang tegas yang perlu dipatuhi berkenaan kegiatan membawa senjata.

Pada pilihan raya lepas, kempen Boebert dilihat begitu lantang memperjuangkan isu hak senjata.

“Walaupun saya kini bekerja di salah sebuah bandar liberal di Amerika, saya enggan menyerahkan hak saya.

“Sebagai wanita yang berketinggian lima kaki, 100 pound, saya memilih untuk melindungi diri saya mengikut undang-undang kerana diri saya adalah keselamatan terbaik,” ujarnya.

Anggota Kongres dibenarkan menyimpan senjata di pejabat mereka dan melakukan pemindahan senjata di Washington DC, selagi senjata itu tidak diisi peluru.

Bagaimanapun, mereka perlu memohon permit untuk membawa senjata di tempat awam dan senjata dari luar negara perlu didaftar dengan pihak berkuasa tempatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat