Ini Sebab US Dollar Kecundang Di Awal Minggu

727

Seperti yang dijangkakan, pergerakan pasaran pada sesi New York semalam lebih agresif berbanding sesi-sesi sebelumnya pada permulaan dagangan minggu ini.

Laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang diterbitkan pada Jumaat lalu dilihat gagal untuk terus menyokong pengukuhan US dolar apabila mata wang utama pasaran itu menyusut ke paras terendah 1 minggu berbanding beberapa mata wang lain.

Di samping didorong oleh lonjakan pasaran saham di Wall Street, hasil perbendaharaan AS yang susut di awal minggu juga turut menekan US dolar untuk mengalami penurunan nilai.

Data PMI perkhidmatan AS tinjauan ISM yang diterbitkan dengan angka bacaan tinggi juga gagal untuk menyokong peningkatan semula US dolar.

Sentimen pasaran yang dilihat pulih bakal memberi kelebihan terhadap mata wang komoditi dalam pasaran.

Namun, pelabur akan berwaspada bagi mata wang dolar Australia pada sesi Asia pagi ini menjelang mesyuarat polisi bank pusat Australia (RBA) dengan tumpuan kepada polisi monetari semasa.

Sementara mata wang Eropah memanfaatkan peluang untuk mengukuh di awal minggu berbanding US dolar walaupun faktor penularan virus masih menjadi kebimbangan.

Perdana Menteri UK Boris Johnson telah mengumumkan untuk pelonggaran sekatan bermula 12 April dengan pembukaan semula kedai-kedai, restoran, bar dan beberapa premis yang tersenarai.

Jangkaan untuk pemulihan semula ekonomi UK akan memberi sokongan terhadap dagangan Pound Sterling.

Untuk dagangan komoditi, emas dilihat optimis untuk meningkat pada minggu ini namun minyak mentah mengalami tekanan ekoran keputusan OPEC+ untuk meningkatkan pengeluaran secara berperingkat antara Mei dan Julai bermula dengan 350,000 tong sehari.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat