Isu Vaksin- Hubungan Diplomatik EU-UK Semakin Parah!

294

Britain pada hari ini telah membuat satu tuntutan kepada Kesatuan Eropah untuk membenarkan pengiriman tempahan vaksin Covid-19 walaupun terdapat ketegangan mengenai pengeluar vaksin Astrazeneca.

Menurut salah seorang pegawai EU, ‘UK tidak boleh disalahkan. EU juga tidak boleh disalahkan.’ Namun ia mengenai syarikat AstraZeneca yang menjual vaksin mereka secara berlebihan.

Setelah ketinggalan dalam isu pengeluaran vaksin berbanding UK dan Amerika Syarikat (A.S), para pemimpin EU dijangka akan membincangkan mengenai kemungkinan larangan eksport vaksin ke Britain dalam sidang kemuncak pada hari Khamis ini.

Pada hari Ahad semalam, Perdana Menteri UK, Boris Johnson telah cuba untuk berunding dengan Canselor Jerman Angela Merkel dan Presiden Perancis Emmanuel Macron agar rancangan larangan eksport digugurkan. Tambah pegawai EU, AstraZeneca telah memberitahu Brussels bahawa UK menggunakan klausa dalam kontrak pembekalannya yang menghalang eksport vaksin sehingga pasaran Britain menerima suntikan.

EU sebelum ini telah mengeksport 35 juta dos vaksin sejak akhir Januari termasuk 10 juta ke UK. Walaubagaimanapun UK tidak melakukan eksport vaksin kembali walaupun UK memiliki pengeluar vaksin disisi mereka.

Kesatuan Eropah kini sedang mengadakan perbincangan dengan Britain mengenai masalah tersebut, namun belum ada perincian lebih lanjut. Dalam masa yang sama, belum ada apa-apa kenyataan bahawa UK akan melakukan serangan balas terhadap tindakan EU.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat