Itu Dia! Emas Dah Mula Mengorak Langkah Untuk Naik

870

Logam kuning meraih peningkatan pada pembukaan sesi Eropah didorong oleh penyusutan matawang US dolar, dengan tumpuan utama pasaran terarah kepada penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC.

Spot emas diniagakan meningkat pada $1,952 per auns, sementara niaga hadapan emas pula menokok dengan didagangkan di sekitar paras harga $1,963 per auns (3.15 petang waktu Malaysia).

Logam berharga itu jatuh 4.5% pada minggu lepas, menandakan penurunan terbesarnya sejak bulan Mac setelah ia mencecah rekod tertinggi sepanjang masa pada $2,072.50 per auns.

Menurut penganalisis, emas dikatakan tidak bersedia untuk meneruskan penjualan memandangkan pelabur sedang menantikan minit mesyuarat FOMC dan rundingan mengenai rangsangan fiskal AS.

Ketidakpastian terus membelenggu pasaran setelah Kongres AS meninggalkan perbincangan mengenai pakej rangsangan coronavirus untuk bercuti selama satu bulan tanpa mencapai persetujuan.

Ini menyebabkan dolar greenback kembali mencatatkan penyusutan berbanding matawang utama dan seterusnya memberi ruang untuk emas menokok semula pada pembukaan dagangan awal minggu.

Selain itu, prospek terhadap pemulihan global yang kian suram setelah menyaksikan kejatuhan ekonomi Jepun ke tahap terburuk sejak 1980 pada suku kedua tahun ini turut menyokong dagangan safe haven emas itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat