Jualan 9.9 Shopee Catat Kejayaan Besar!

348

Shopee menamatkan Hari Pembelian Super 9.9 dengan kejayaan besar apabila merekodkan sebanyak 187,606 barang dijual dalam masa satu minit pada waktu puncak dengan lebih daripada 113 juta tawaran telah ditawarkan.

Pengarah urusan serantau, Ian Ho meluahkan perasaan bangga bagi pihak Shopee kerana kejayaan jualannya yang banyak menerima penyertaan pelbagai jenama dan penjual melebihi jangkaan mereka.

Dengan promosi yang menarik seperti Shopee Live, yang secara keseluruhan berhasil mencatatkan 50 juta tontonan serta permainan yang menarik seperti Shopee Quiz dan Goyang Shopee yang dimainkan berjuta kali oleh pengguna juga turut mendorong kejayaan ini.

Iklan yang menampilkan bintang terkenal Cristiano Ronaldo telah mencatatkan sebanyak 35 juta tontonan dalam talian setakat ini. Ini membuktikan, kerjasama antara Shopee dengan duta jenama tersebut telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Selain itu, jualan tersebut bukan sahaja menawarkan pelbagai koleksi promosi yang menarik malah turut menyediakan penghantaran percuma untuk pembelian minimum RM9 yang dilihat menguntungkan pengguna.

Antara jenama yang paling popular di kalangan pengguna semasa jualan tersebut berlansung adalah Maybelline, Carlo Rino, Vivo, Mydin, Mr DIY dan Nestle. Jenama terkemuka telah mencatatkan purata 6,780 kali kenaikan trafik di samping 400 kali peningkatan dalam jualan berbanding dengan hari biasa.

Bagi barangan yang paling laris adalah fon telinga tanpa wayar, kasut, telefon pintar, periuk tekanan, ketuhar elektrik, peralatan tempat tidur dan tuala, penapis minyak kenderaan bermotor dan Milo.

Dengan kejayaan terbesar ini, Shopee bersedia untuk menawarkan lebih banyak tawaran kepada pengguna, penjual, jenama dan rakan kongsi pada masa akan datang dengan pelbagai ciri yang menarik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat