Jualan Runcit – Ekonomi Amerika Untuk ‘Meroket’ Jadi Tanda Tanya?

442

Jualan runcit Amerika Syarikat catat peningkatan namun prestasinya sedikit kurang memberangsangkan kerana jumlah jualan runcit A.S adalah lebih rendah daripada yang dijangkakan pada bulan Oktober dan pertumbuhannya boleh lebih perlahan.

Peningkatan kes jangkitan Covid-19 dan penurunan dalam pendapatan isi rumah yang disebabkan pengangguran tanpa bantuan sokongan telah menghambat pertumbuhan jualan runcit.

Jualan runcit catat peningkatan sebanyak 0.3% sebagaimana yang dilaporkan oleh Jabatan Perdagangan pada hari Selasa. Data bagi bulan September telah dinilai semula menunjukkan julan runcit hanya meningkat 1.6% berbanding sebelum ini 1.9%. Ahli ekonomi telah meramalkan penjualan runcit akan meningkat 0.5% pada bulan Oktober.

Walaubagaimanapun, sebilangan penganalisis berpendapat bahawa jualan runcit akan terkesan pada bulan November kerana lonjakan dalam kes Covid-19. Sejak akhir-akhir ini, kes harian Covid-19 telah melebihi 100,000 sejak awal bulan ini sehingga jumlah jangkitan di Amerika Syarikat telah melebihi 11 juta. Beberapa kerajaan negeri dan tempatan telah mengenakan sekatan baru bagi mengekang penularan pandemik.

Sekatan telah dikenakan pada tempat-tempat yang sesak seperti restoran dan secara tak langsung dapat membawa kepada pengurangan pekerja. Tambahan pula, bantuan kerajaan yang dihulurkan kepada mereka yang menganggur dan berkelayakan akan berakhir pada akhir Disember.

Ahli ekonomi menjangkakan pertumbuhan jualan runcit yang sederhana untuk sepanjang tahun ini. Para pakar ekonomi turut meramalkan bahawa pertumbuhan untuk suku keempat akan berada di bawah kadar tahunan 5%.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat