Jualan Runcit Kanada Januari Undang Perhatian! Ini Apa Yang Terjadi Pada Matawang CAD

280

Jualan runcit Kanada dilaporkan merosot 0.3% kepada $67.0 bilion pada bulan Januari. Jualan menurun dalam tiga daripada sembilan subsektor dan diterajui oleh penurunan di perniagaan kenderaan bermotor.

Jualan runcit teras yang mengecualikan jualan di stesen minyak dan jualan bahan api serta  kenderaan bermotor dan bahagian pula meningkat 0.4% pada bulan Januari.

Jualan di sektor kenderaan bermotor dan bahagian jatuh untuk pertama kalinya dalam lima bulan. Penurunan terbesar dalam jualan runcit pada bulan Januari direkodkan oleh peniaga kenderaan bermotor dan bahagian (-2.4%), yang mencatatkan penurunan pertama mereka dalam lima bulan. Jualan yang lebih rendah di peniaga kereta baru (-3.0%) menerajui penurunan tersebut. Kenaikan di peniaga kereta terpakai (+4.5%) dan peniaga alat ganti, aksesori, dan peniaga tayar (+2.1%) lebih daripada ditampung oleh jualan yang lebih rendah di peniaga kenderaan bermotor lain (-7.4%).

Jualan di stesen minyak dan penjual bahan api (+0.9%) meningkat pada bulan Januari. Disisi lain, Jualan runcit teras meningkat 0.4% pada bulan Januari, mencatatkan kenaikan bulanan berturut-turut kedua. Kenaikan itu dipimpin oleh peningkatan jualan di peniaga barangan sukan, hob, alat muzik, buku, dan pelbagai brangan (+3.0%). Pada bulan Januari, peningkatan jualan juga direkodkan di peniaga bahan binaan dan alat-alat taman serta bekalan (+2.2%).

Statistics Canada menyediakan anggaran lanjutan jualan runcit, yang mencadangkan bahawa jualan meningkat 0.1% pada bulan Februari. Oleh kerana ini adalah penilaian awal, angka ini akan dinilai semula. Anggaran tidak rasmi ini dikira berdasarkan soal selidik yang diterima daripada 58.5% syarikat yang dipilih. Purata kadar respons akhir kepada tinjauan selama 12 bulan yang lalu adalah 88.1%.

Mata wang CAD mencatat pengukuhan selepas keputusan ini, dengan pasangan USDCAD merosot. Beradsarkan carta USDCAD pada jangka masa 30 minit, kita dapat melihat bahawa pasangan cuba untuk menembusi zon rintangan 1.3580 lebih awal  pada hari ini, tetapi pembeli gagal untuk mengekalkan momentum bullish. Sokongan terdekat yang penting untuk diperhatikan dalam kes penurunan adalah di kawasan 1.3550.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat