Perubahan Strategi Segelintir Bank Pusat Ubah Tingkah Laku Pemain Pasaran! Ini Apa Yang ‘Trader’ Ketahui

564

US dolar mengukuh menuju ke minggu kedua kenaikan pada hari Jumaat, dengan kenaikan kadar di Jepun tidak mampu menghalang lonjakan tersebut, disamping pengurangan kadar faedah yang mengejut di Switzerland menekankan jurang di antara Federal Reserve dan lain-lain dalam penetapan kadar faedah.

Minggu ini telah menandakan perubahan arah dasar kewangan global, selepas beberapa bank pusat utama membuat perubahan kepada kadar faedah mereka, atau memberikan isyarat bahawa mereka bercadang untuk berbuat demikian tidak lama lagi.

US dolar sedang menuju kepada kenaikan mingguan kedua terbesarnya berbanding dengan enam mata wang utama, sementara aset yang sensitif terhadap kadar seperti emas dan saham mencatatkan rekod tertinggi.

Jangkaan untuk pelonggaran dasar di China juga menambah tekanan ke atas mata wangnya, dimana ia susut secara mendadak sehingga mengganggu pelabur ekuiti dan mendorong bank-bank negara untuk campur tangan.

Bank Pusat Switzerland sebelum itu memberikan kejutan terbesar dengan mesyuarat bank pusat, mengurangkan kadar faedah dan mendorong pengukuhan mata wang franc. Bank Jepun disisi lain pula mengumumkan untuk keluar dari kadar negatif jangka pendek.

Federal Reserve AS meninggalkan kadar dana pada julat antara 5.25% dan 5.5% minggu ini dan mempertahankan unjura untuk tiga pengurangan kadar menjelang akhir tahun. Dalam masa yang sama memaklumkan bahawa mereka tidak akan mula mengorak langkah sehingga ia mempunyai lebih keyakinan bahawa inflasi menurun ke arah 2% secara mampan.

Pair dolar/yen mengukuh  1.6% minggu ini dan berada di tahap yang mendorong campur tangan kerajaan Jepun pada 2022, dimana ianya membuat pelabur terkapai-kapai sambil mencari mata wang lain untuk dibeli dan mengumpulkan rizab, atau perbezaan antara kadar faedah.

Pair Euro/yen mencapai tahap tertinggi sejak 2008 minggu ini pada 165.37 dan Aussie melepasi 100 yen untuk pertama kalinya sejak 2014. Dengan US dolar sedang  mengukuh, euro mencatatkan tahap terendah tiga minggu, diperdagangkan susut 0.4% pada $1.0816.

Mata wang sterling susut 0.6% kepada terendah sebulan pada $1.258, mengikuti penurunan 1% pada hari Khamis selepas Bank England meninggalkan kadar faedah tidak berubah, dan ianya disokong oleh dua ahli jawatankuasa yang sebelumnya telah mengundi untuk kenaikan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat