Kadar Faedah Negatif Masih Dalam Radar BOE? Ini Kenyataan Terkini BOE!

502

Sejak tahun lepas telah ada ura-ura bahawa Bank of Englah (BoE) ingin mengenakan kadar faedah negatif namun ia masih belum terlaksana. Dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada tahun 2021, para penggubal polisi menyatakan bahawa bank-bank Britain memerlukan sekurangnya enam bulan untuk membuat persediaan berhadapan dengan kadar faedah negatif. Dalam masa yang sama BoE juga mengambil keputusan untuk menangguhkan program rangsangan menjelang pemulihan ekonomi.

Bank pusat telah menjalankan tinjauan terhadap bank-bank di Britain. Tinjauan tersebut adalah mengenai tentang sejauh mana kesediaan firma pemberi pinjam seperti HSBC, Lloyds dan Barclays dalam mengimplimentasikan kadar negatif buat pertama kali.

Berdasarkan hasil tinjauan tersebut mendapati bahawa perlaksanaan kadar bank negatif dalam jangka waktu kurang daripada enam bulan akan meningkatkan risiko operasi.

Matawang pun melonjak sebanyak 0.22% berbanding US dolar kepada paras tukaran 1.3675 setakat jam 9.10 p.m. Hasil bon kerajaan  melonjak sebanyak 3 mata asas apabila para pemain pasaran mengurangkan jangkaan bahawa BoE tidak akan melaksanakan kadar negatif dalam masa terdekat.

BOE turut mengatakan bahawa pihak mereka belum ingin beri isyarat mengenai kadar negatif namun adalah wajar untuk bank-bank di UK mula membuat persiapan bagi berhadapan dengan kemungkinan perlaksanaan kadar faedah negatif selepas tempoh 6 bulan.

Disisi lain, BoE menjangkakan ekonomi akan menyusut sebanyak 4% dalam tiga bulan pertama pada tahun 2021 namun dijangka akan catat pemulihan yang pantas pada fasa berikutknya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat