Kadar Pengangguran AS Mungkin Meningkat Lebih Tinggi – Ini Pandangan Penasihat Trump!

256

Penasihat ekonomi White House memberitahu bahawa penutupan ekonomi Amerika Syarikat yang disebabkan pandemik coronavirus boleh mendorong kepada peningkatan kadar pengangguran negara sehingga mencecah 16% atau lebih tinggi pada bulan ini.

Kevin Hasset, penasihat kepada Presiden AS Donald Trump, menggambarkan situasi ini sebagai sangat teruk dan berpendapat bahawa lebih banyak rangsangan diperlukan untuk memastikan pemulihan yang kukuh dalam ekonomi negara itu.

Tambah beliau lagi, penutupan ini adalah kejutan terbesar yang pernah dilihat dalam ekonomi AS, di mana kadar pengangguran mungkin boleh mencecah tahap yang dicatatkan ketika Great Depression pada tahun 1930.

Arahan perintah berkurung yang dilaksanakan di seluruh negara untuk membendung penularan coronavirus telah menjejaskan ekonomi dengan kebanyakan perniagaan ditutup sehingga menyebabkan pengangguran melonjak.

Sejumlah 26.5 juta warga Amerika telah membuat tuntutan faedah pengangguran sejak pertengahan Mac, sementara penjualan runcit, pembinaan rumah dan keyakinan pengguna pula terjejas teruk.

Pejabat Belanjawan Kongres (CBO) bukan parti, meramalkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS akan menguncup pada kadar tahunan hampir 40% pada suku kedua, dengan kadar pengangguran mencecah 16% pada suku ketiga.

Kongres AS pada minggu lepas, telah meluluskan tambahan bantuan coronavirus bernilai $484 bilion, menjadikan jumlah pakej rangsangan kepada $3 trilion untuk membantu perniagaan kecil, pekerja dan mengimbangi ekonomi daripada terkesan oleh coronavirus.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat